Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

91) LAWATAN KE SEKOLAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh wakil rakyat dan Exco Pendidikan Kerajaan Negeri dalam usaha melawat sekolah, pengambilan tindakan terhadap laporanlaporan yang dibuat oleh orang ramai mengenai sekolah, siasatan dan penyelidikan mengenai sekolah, tahap pendidikan dan kebajikan para pelajar? Sila berikan butir-butir.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan beberapa pekeliling
    berkaitan dengan undangan kepada tetamu Kehormat ke majlis-majlis rasmi di sekolah.
    Antaranya Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1989: Aturcara Majlis Rasmi Sekolah
    bertarikh 5 Oktober 1989, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1991: Mengundang OrangOrang Kenamaan ke Upacara Sekolah/Institusi Pendidikan bertarikh 16 Mei 1991 dan
    yang terbaru berhubung perkara ini adalah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2008:
    Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah dan Penggunaan Premis
    Sekolah Oleh Pihak Luar bertarikh 31 Mac 2008.
    KPM sedia maklum dalam kalendar sekolah lazimnya terdapat beberapa peristiwa
    tertentu yang dianggap penting serta diberi keutamaan sebagai majlis rasmi sekolah. Di
    antara majlis tersebut termasuklah Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Terbuka, Sukan
    Tahunan dan Mesyuarat Agung PIBG yang kesemuanya melibatkan kehadiran jemputan
    khas. Seringkali, pihak sekolah akan mengundang pembesar-pembesar negeri, orangorang kenamaan, wakil rakyat ataupun pegawai tinggi Jabatan dan Kementerian untuk
    merasmikan majlis tersebut.
    Namun, untuk makluman Ahli yang Berhormat, KPM telah menetapkan bahawa semua
    majlis rasmi di sekolah yang melibatkan majlis perasmian oleh orang-orang kenamaan
    atau individu-individu tertentu, hendaklah mendapat kebenaran daripada KPM melalui
    Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing terlebih dahulu bagi memastikan majlis yang
    dianjurkan bukan untuk tujuan politik serta tidak mengganggu pengajaran dan
    pembelajaran murid.
    Sehubungan itu, perkara ini janganlah dipolitikkan kerana apa yang paling penting
    adalah untuk memastikan institusi pendidikan berjalan dengan baik dan tidak
    dipengaruhi dengan unsur-unsur yang boleh merosakkan pemikiran murid-murid. Jika
    kita benar-benar ikhlas dalam membangunkan institusi pendidikan, sama-samalah kita
    mencari jalan untuk menyumbang kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan dan
    faedah untuk anak-anak kita.

Lampiran

Tiada Lampiran.