Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

116) LAWATAN KERJA SEHARI YAB MENTERI BESAR KE DAERAH-DAERAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan daerah-daerah yang telah dan belum mengadakan lawatan kerja sehari YAB Menteri Besar sejak bulan Oktober 2014.

    Program Turun Padang YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor telah bermula pada bulan Oktober 2014. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi peluang kepada rakyat Negeri Selangor untuk mengenali dan beramah mesra dengan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bersesuaian dengan pendekatan “Peduli Rakyat”. Berikut adalah jadual program turun padang di daerah yang telah dan masih belum dilaksanakan.

    Program Turun Padang YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor

    Bil Daerah Tarikh
    1. Daerah Gombak 03 Oktober 2014 (Jumaat)
    2. Daerah Kuala Langat 10 Oktober 2014 (Jumaat)
    3. Daerah Klang 17 Oktober 2014 (Jumaat)
    4. Daerah Sabak Bernam 24 Oktober 2014 (Jumaat)
    5. Daerah Petaling 31 Oktober 2014 (Jumaat)
    6. Daerah Sepang 07 November 2014 (Jumaat)
    7. Daerah Hulu Langat 12 Disember 2014 (Jumaat)
    8. Daerah Kuala Selangor 19 Disember 2014 (Jumaat)
    9. Daerah Hulu Selangor -Ditangguhkan-

Lampiran

Tiada Lampiran.