Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

164) LEBUH RAYA KIDEX

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila bekalkan kertas-kertas kerja, laporan-laporan ataupun minit-minit mesyuarat yang berkenaan semasa Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk pengambilan tanah bagi projek lebuh raya KIDEX.

    Kerajaan Negeri melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 6/2012 yang bersidang pada 15 Februari 2012 telah menimbang dan bersetuju secara dasarnya dengan cadangan Projek Lebuh raya Kinrara – Damansara (KIDEX) dan jajaran-jajarannya. Bersama-sama ini dilampirkan keputusan MMKN berkaitan kelulusan Kerajaan Negeri berhubung Projek Lebuh raya KIDEX.

Lampiran

Tiada Lampiran.