Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

20) LEBUH RAYA LEMBAH KLANG TIMUR (EKVE)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status perkembangan terkini berhubung Lebuh raya Lembah Klang Timur (EKVE) dan di manakah jajaran sebenarnya Lebuh raya ini akan dibina terutamanya melalui DUN Dusun Tua dan berapakah kos yang sebenar.

    Kelulusan Detail Environmental Impact Assessment (DEIA) telah diberikan pada 25hb April 2013 bagi cadangan projek “The Proposed East Klang Valley Expressway’ (Kuala Lumpur Outer Ring Road-Eastern Route). Kelulusan DEIA ini hanya terhad kepada kerja-kerja pembinaan dari CH0.000 sehingga CH24000.000 sahaja sepanjang 24.16km bermula dari Sungai Long Interchange sehingga Ukay Perdana

     

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 11hb September, 2013 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 18hb September, 2013 bersetuju dengan perkara-perkara berikut:-

     

    Penubuhan Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping dan di anggotai oleh yang berikut:-

     

    B. Tuan Dr. Ahmad Yunus b. Hairi

    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia & Sukan, Infrastruktur & Kemudahan Awam.

    • Pengarah, JPBD
    • Pengarah, JKR Selangor
    • Pengarah, JMG
    • Pengarah, Jabatan Perhutanan
    • PBT berkaitan
    • Pengarah Tanah & Galian Selangor
    • Urus setia : JPBD Selangor

     

    Jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan adalah bertanggungjawab memastikan pemantauan bagi meminimumkan kesan kepada alam sekitar dilaksanakan secara tegas dan berkala.

     

    Jabatan Perhutanan Negeri diminta melaksanakan public inquiry untuk tempoh (4) minggu untuk meneruskan pembatalan pewartaan kawasan hutan yang

     

    Status tanah rizab hutan simpan ini perlu dibatalkan terlebih dahulu oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum ianya digazetkan sebagai rizab lebuh raya melalui proses pengambilan balik tanah di bawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.

     

    Kedudukan Jajaran Lebuhraya

     

    Jajaran EKVE akan merentasi kawasan DUN Dusun Tua seperti Bukit Enggang, Bandar Mahkota Cheras, Kuari Sg Long, Taman Sri Nanding, Kg Sg Michu dan Taman Pinggiran Delima (Lampiran 1 A dan Lampiran 1B)

     

    Kos

     

    Kos yang terlibat terdiri daripada kos pembinaan dan kos pengambilan tanah yang akan dimuktamadkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan

Lampiran

Tiada Lampiran.