Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

181) LEBUHRAYA BARU DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagi lebuhraya-lebuhraya yang diluluskan sejak tahun 2008, apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan negeri untuk memastikan keuntungan pihak konsesi tidak berlebihan?

    Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, dasar pembangunan berkualiti rakyat dipeduli akan tetap menjadi teras dalam setiap pembangunan di negeri Selangor. Kerajaan Negeri tidak pernah menolak sebarang pembangunan asalkan hasilnya dapat memberi keselesaan dan dapat dinikmati oleh rakyat. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan hanya mempertimbangkan permohonan bagi pelaksanaan mana-mana lebuhraya di Negeri Selangor dengan syarat-syarat seperti berikut:

    • Kajian Impak Trafik (Traffic Impact Assesment – TIA) mestilah menguntungkan kepada pengguna lebuh raya dan juga penduduk sekitar dengan mengambil kira jajaran yang memberikan manfaat terbaik;

     

    • Pendedahan kepada umum tentang kadar tol termasuklah cadangan kenaikannya dan juga kadar pulangan pelaburan (return of investement – ROI); dan

     

    • Pendedahan kepada umum ke atas perjanjian

     

    Maka, mana-mana pihak yang terlibat dalam apa jua bentuk pembangunan di Negeri Selangor mestilah mematuhi setiap proses dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan seumpamanya. Pematuhan kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan adalah sangat perlu supaya Kerajaan Negeri dapat mempertahankan rakyat daripada menerima masalah-masalah pencemaran, kesihatan, banjir, kemalangan dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.