Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

175) LEBUHRAYA DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan lebuhraya-lebuhraya baharu yang dicadangkan dan diluluskan pembinaannya di Selangor dari tahun 2010-2015?

    Bagi tempoh sepanjang tahun 2010 – 2015, terdapat perancangan untuk membina lima (5) lebuhraya dengan status kelulusan untuk setiap lebuhraya adalah seperti berikut :

     

    • Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH)

     

    • Kerajaan Negeri bersetuju bagi memasukkan jajaran Lebuhraya DASH ke dalam Pelan Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melalui MMKN Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 15/2012 yang disahkan oleh MMKN Ke 16/2012 pada 2 Mei 2012

     

    1. Lebuhraya Sg Besi – Ulu Kelang (SUKE)

     

    • Kerajaan Negeri bersetuju dengan Projek Lebuhraya Bertingkat SUKE kerana ia membawa impak positif kepapda pembangunan negeri melalui MMKN Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 16/2012 yang disahkan oleh MMKN Ke 17/2012 pada 9 Mei

     

    • Lebuhraya Serdang – Kinrara – Putrajaya (SKIP)

     

    • Kerajaan Negeri meluluskan secara dasar Projek Penswastaan Lebuhraya Serdang-Kinrara-Putrajaya (SKIP) dan bersetuju dengan jajaran lebuhraya tersebut melalui MMKN Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 14/2012 yang disahkan oleh MMKN Ke 15/2012 pada 26 April 2012

     

    • Lebuhraya East Klang Valley Expressway (EKVE)

     

    • MMKN Ke 45/2014 yang bermesyuarat pada 19 November 2014 secara dasarnya telah bersetuju dengan jajaran jalan Fasa I Projek EKVE dan diwartakan sebagai Rizab Jalan (lebuhraya) serta hasil rumusan mesyuarat penyelarasan antara agensi yang diselaraskan oleh pihak JPBD Selangor pada 22 September 2014 perlu dipatuhi dalam melaksanakan projek ini

     

    1. Lebuhraya Pantai Barat (WCE)

     

    • Kerajaan Negeri secara dasar bersetuju akan cadangan pembinaan laluan bertingkat menghubungkan New North Klang Straits Bypass (NNKSB) ke Jalan Persekutuan 2 (FR2) dan menaik taraf Jalan Persekutuan FR5 dalam melaksanakan Projek Lebuhraya WCE

     

Lampiran

Tiada Lampiran.