Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

285) LEBUHRAYA KIDEX

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri menjamin bahawa tidak akan mempertimbangkan lagi permohonan pengambilan tanah Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) walaupun ia mendapat lanjutan masa dari kerajaan persekutuan?

    Melalui penelitian saya, terdapat beberapa soalan yang telah ditanyakan tentang perkara berkaitan pembangunan Lebuhraya KIDEX. Soalan-soalan tersebut datangnya dari:

     

    No

    Soalan

    Nama

    ADUN

    Tajuk Soalan
    30 Meru Lebuhraya KIDEX

     

    a)         Apakah terma perjanjian awal tersebut?

    b)        Apakah ada risiko saman atas pembatalan tersebut ke atas kerajaan Selangor?

    c)         Apakah   kekuatan   kerajaan    mempertahankan                 hak rakyat dalam isu ini?

    80 Kuang Lebuhraya KIDEX

     

    a)        Nyatakan isi bantahan yang disampaikan penduduk kerana pembinaan KIDEX?

    b)        Adakah kerajaan negeri akan memberhentikan sebarang projek sekiranya mendapat bantahan dari penduduk?

    285 Damansara Utama Lebuhraya KIDEX

     

    a)    Adakah kerajaan negeri menjamin bahawa tidak akan mempertimbangkan   lagi   permohonan                                       pengambilan

    tanah      Lebuhraya      Kinrara-Damansara      (KIDEX)

     

        walaupun ia mendapat lanjutan masa dari kerajaan

    persekutuan.

     

    Izinkan saya untuk menjawab bersekali semua soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung pembangunan Lebuhraya KIDEX ini seperti yang saya nyatakan tadi memandangkan semua soalan merujuk kepada perkara yang sama.

     

    Ahli-ahli Yang Berhormat,

     

    1. Sebagaimana sedia maklum bahawa Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 7/25 pada 17 Februari 2015 dan telah disahkan di dalam MMKN Ke 8/25 pada 25 Februari 2015 telah membuat keputusan tidak mempertimbangkan dan membatalkan pembangunan Lebuhraya KIDEX. Keputusan ini selaras dengan kegagalan pihak konsesi Projek Lebuhraya KIDEX untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu:
      1. Menyediakan Penilaian Impak Lalulintas (Traffic Impact Assessment) yang bebas, Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment) dan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment). Kajian-kajian ini perlu membuktikan manfaat yang ternyata kepada pihak pengguna dan penduduk di kawasan yang terlibat setelah mengambil kira kesan negatif yang timbul akibat pembinaan lebuh raya tersebut;
      2. Mendedahkan kadar tol sepanjang tempoh konsesi termasuk fasa kenaikan tol yang ditetapkan dalam konsesi. Pihak konsesi perlu memberi anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip dan kadar pulangan pelaburan (rate of return to invesment); dan
    • Mendedahkan perjanjian konsesi sepenuhnya untuk mematuhi dasar Kerajaan Negeri yang mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

     

    1. Keputusan pembatalan pembangunan projek Lebuhraya KIDEX telah dimaklumkan kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) pada 29 Disember 2014. Lanjutan daripada keputusan itu, pihak Kementerian yang diketuai oleh Menteri Kerja Raya iaitu

    Y.B. Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof bersama-sama rombongannya telah berkunjung ke Negeri Selangor untuk mengadakan perbincangan berkaitan pelaksanaan KIDEX.

    1. Dalam pertemuan itu, saya telah menyatakan bahawa sebarang pelaksanaan pembangunan projek di Negeri Selangor perlu mematuhi peraturan Seksyen

    20 (A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang

     

    memperuntukkan tiada seorang pun boleh memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pemajuan selain menurut kebenaran merancang yang diberikan kepadanya. Seksyen 20 (A) Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) menghendaki setiap jabatan atau agensi kerajaan berunding dengan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) berkenaan aktiviti pemajuan yang hendak dijalankannya. Ini adalah bagi membolehkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengambil maklum berkenaan dengan projek pembangunan yang hendak dilaksanakan dan mengelakkan kemungkinan pemajuan berkenaan terkeluar daripada perancangan dan seterusnya menyulitkan kerja-kerja penyelarasan pembangunan fizikal di kawasan tersebut. Kerajaan Negeri juga menggunapakai Seksyen 18(i) Akta 172 yang memperuntukkan tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan sesuatu tanah atau bangunan digunakan melainkan menurut Rancangan Tempatan.

     

    1. Selaras dengan itu, saya juga telah mengumumkan bahawa pembangunan Lebuhraya KIDEX tidak dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Lanjutan daripada itu, Kerajaan Negeri juga memutuskan supaya pembangunan Lebuhraya KIDEX juga tidak dimasukkan di dalam deraf Rancangan Struktur Negeri Selangor yang sedang digubal. Tindakan ini adalah jelas menunjukkan bahawa pembangunan Lebuhraya KIDEX tidak dipertimbangkan dan dibatalkan pembangunannya oleh Kerajaan

     

    1. Berkaitan dengan terma perjanjian seperti yang ditanyakan oleh Y.B. Meru, Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah didedahkan tentang terma-terma Perjanjian Lebuhraya KIDEX. Perjanjian adalah di antara Kerajaan Persekutuan (Kementerian Kerja Raya) dengan syarikat konsesi lebuhraya (KIDEX Sdn. Bhd.) yang telah ditandatangani pada 15 November 2013 dan dokumen perjanjian diklasifikasikan sebagai Sulit dan Terhad. Kerajaan Negeri Selangor telah meminta untuk perjanjian ini didedahkan kepada pihak awam, namun usaha tersebut tidak diendahkan oleh Kerajaan

     

    1. Saya juga ingin memberi maklumbalas tentang risiko saman akibat pembatalan tersebut. Untuk makluman Y.B, keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bil.47/2014 beserta syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor berkaitan dengan pembangunan KIDEX telah dimaklumkan kepada pihak-pihak berkaitan termasuk pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 29 Disember 2014. Keputusan MMKN itu telah jelas menyebut tentang syarat-syarat yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi dengan tempoh diberikan iaitu pada atau sebelum 15 Februari

     

    Namun, pihak LLM dan syarikat konsesi tidak memenuhi syarat-syarat tersebut.

     

    1. Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum menurut Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri), segala hal ehwal berkenaan tanah terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk mentadbirnya. Selain daripada bidang kuasa tanah di bawah Senarai Negeri (Perlembagaan Persekutuan), Kerajaan Negeri juga diberi kuasa untuk menyelaras Pentadbiran Tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan – PBT). Maka di bawah dua (2) punca kuasa tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan bahwa Pembangunan Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) adalah dibatalkan

     

    1. Berkaitan dengan apakah bantahan-bantahan daripada pihak penduduk, pembinaan KIDEX telah menerima bantahan yang disuarakan oleh penduduk melalui Badan Bukan Kerajaan atau NGO “Say No To KIDEX”. Bantahan- bantahan tersebut adalah:
      1. Tiada kajian dan penerangan lengkap berhubung justifikasi pembinaan projek dari sudut ekonomi dan sosial diberikan menyebabkan kegusaran dan hilang keyakinan penduduk setempat terhadap projek tersebut;
      2. Level of service” (LOS) juga dijangka kekal ditahap F walaupun apabila lebuh raya siap dibina;
    • Pencemaran bunyi, masalah estetik, kesan sosio-ekonomi dan isu keselamatan tidak diambilkira dengan serius oleh pihak berwajib;
    1. Rekabentuk lebuh raya dipersoal kerana tiada terus kepada jalan-jalan utama serta lebuh raya lain; dan
    2. Secara perbandingan, kos pembinaan struktur bertingkat (elevated) tidak setimpal dengan anggaran mobiliti penduduk berbanding menggunakan mod pengangkutan

     

    1. Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan pendekatan mengambil kira pandangan orang ramai dalam menentukan kelulusan sesebuah perojek agar ia membawa manfaat menyeluruh. Selain daripada pembangunan ekonomi, Pentadbiran Negeri Selangor turut menitikberatkan sumbangan sosial dan manusiawi dalam setiap projek yang diluluskan. Dasar pembangunan berkualiti, rakyat dipeduli akan menjadi teras dalam setiap pembangunan di Negeri

     

    1. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan hanya mempertimbangkan permohonan bagi pelaksanaan mana-mana lebuh raya di Negeri Selangor dengan syarat-syarat seperti berikut:
      1. Kajian Impak Trafik (Traffic Impact Assesment – TIA) mestilah menguntungkan kepada pengguna lebuh raya dan juga penduduk sekitar dengan mengambilkira jajaran yang memberikan manfaat terbaik;
      2. Pendedahan kepada umum tentang kadar tol termasuklah cadangan kenaikannya dan juga kadar pulangan pelaburan (return of investement –

    ROI); dan

    • Pendedahan kepada umum ke atas perjanjian

     

    1. Maka itu, mana-mana pihak yang terlibat dalam apa jua bentuk pembangunan di Negeri Selangor mestilah mematuhi setiap proses dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan seumpamanya. Pematuhan kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan adalah sangat perlu supaya Kerajaan Negeri dapat mempertahankan rakyat daripada menerima masalah-masalah pencemaran, kesihatan, banjir, kemalangan dan

     

    1. Dalam hal ini, pandangan dan pendapat awam serta pihak yang berkepentingan perlu diambilkira dan diberi pertimbangan supaya keutamaan atau kepentingan rakyat menjadi keutamaan kerana ia melibatkan cukai yang dibayar oleh

     

    1. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan memberi penekanan dan mengambil langkah-langkah berikut:
      1. Perjanjian yang adil (tidak berat sebelah) iaitu, tidak memihak hanya kepada pemegang konsesi;
      2. Meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan;
    • Memasukkan ke dalam perjanjian klausa penamatan awal (early termination clause) iaitu sekiranya pemegang konsesi telah mencapai projected profit bagi projek ini lebih awal dari tempoh konsesi tamat, maka perjanjian hendaklah ditamatkan lebih awal; dan
    1. Pra-syarat tambahan seperti perjanjian konsesi tidak terikat dengan

    Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

     

    1. Bagi tindakan alternatif pula, Kerajaan Negeri telah mengarahkan pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor untuk menjalankan

     

    kajian dan menyediakan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor. Kerajaan Negeri memutuskan supaya Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negeri Selangor dibangunkan dalam tempoh enam (6) bulan bermula dari bulan April 2015. Kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam yang dijalankan akan lebih menyeluruh serta merangkumi aspek sistem pengangkutan awam sedia ada, sistem jaringan jalan raya dan lalu lintas yang akan membantu memperbaiki sistem pengurusan trafik di Negeri Selangor. Melalui pembangunan pelan induk itu juga, Kerajaan Negeri Selangor bolehlah membuat pertimbangan terperinci antara keperluan pembangunan lebuh raya, jalanraya ataupun pembangunan pengangkutan awam.

     

     

    1. Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 yang disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Selangor menunjukkan peningkatan nisbah penggunaan pengangkutan awam berbanding pengangkutan persendirian iaitu pada tahun 2008 (12:88), 2012 (25:75) dan 2014 (27:73). Berdasarkan kepada fakta itu, maka Kerajaan Negeri Selangor berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk meningkatkan pelaburan dalam pembangunan infrastruktur pengangkutan awam. Jurang nisbah yang besar antara penggunaan pengangkutan awam dan penggunaan pengangkutan persendirian adalah ekoran penumpuan Kerajaan yang begitu lama terhadap pembangunan infrastruktur jalan raya dan lebuh raya berbanding pengangkutan awam. Penumpuan kepada pembangunan infrastruktur jalan raya dan lebuh raya ini telah ditumpukan sejak 20 hingga 30 tahun sebelum

     

    1. Kerajaan Negeri Selangor memohon supaya Kerajaan Persekutuan mengkaji secara mendalam usaha pembangunan lebuh raya dalam bandar. Pembangunan lebuh raya dalam bandar tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan dalam jangka masa panjang. Anggaran purata kenaikan penggunaan kenderaan persendirian adalah 3% setahun. Pembangunan lebih banyak lebuh raya dalam bandar telah menyumbang kepada kenaikan kos hidup rakyat. Aksesibiliti rakyat terhadap pengangkutan awam yang terhad menyebabkan rakyat tiada pilihan selain menggunakan kenderaan persendirian untuk bergerak ke tempat kerja atau untuk tujuan lain. Tindakan ini akhirnya menyebabkan kos sara hidup meningkat akibat keperluan membayar tol serta kos petrol. Kualiti hidup rakyat juga semakin menurun kerana terpaksa menghabiskan masa yang lama dalam kesesakan lalu lintas. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kualiti hidup berkurangan

     

    selaras dengan Kajian Indeks Kesejahteraan Rakyat (IKRN) Negeri Selangor 2012 oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE,JPM) yang menunjukkan komponen pengangkutan berada di tahap yang rendah berbanding komponen lain.

     

     

    1. Saya ingin tegaskan di sini bahawa, Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah sama sekali menghalang sebarang pembangunan dilaksanakan di dalam Negeri Selangor. Sebarang pembangunan perlulah menepati kehendak Seskyen 20 (A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan Seksyen 18

    (1) Akta 172. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan supaya setiap pembangunan ditelitikan terlebih dahulu oleh jabatan dan agensi yang telah dipertanggungjawabkan di peringkat Negeri sebelum sebarang penelitian oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kuasa-kuasa ini telahpun diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri) dan bidang kuasa Kerajaan Negeri untuk menyelaras Pentadbiran Tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.