Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

16) LEBUHRAYA KINRARA – DAMANSARA (KIDEX)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kelulusan yang diberi oleh Kerajaan Negeri atau PBT untuk pembinaan Kidex sehingga hari ini?

    Kerajaan Negeri Selangor hanya terlibat setelah dimaklumkan keputusan dan kelulusan pelaksanaan projek ini oleh sekretariat Mesyuarat Kabinet pada 11 Mei 2011. Perbincangan lanjut antara 22 agensi yang melibatkan Kerajaan Persekutuan serta Negeri (agensi teknikal) di dalam Mesyuarat Teknikal 1 dan 2 yang telah diadakan pada 14 Oktober 2011 serta 8 Disember 2011 di Wisma LLM. Cadangan jajaran KIDEX yang telah dibincangkan serta dipersetujui di dalam Mesyuarat Teknikal 2.

Lampiran

Tiada Lampiran.