Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

91) LEBUHRAYA KUALA LUMPUR OUTER RING ROAD (KLORR)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pemaju lebuhraya ini telah mengemukakan permohonan rasmi kepada MTES?

    a , b) dan c)

     

    Pihak konsesi Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) telah membentangkan cadangan jajaran Lebuhraya Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) kepada Pihak Berkuasa Negeri pada 24 November 2010, dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 42/2010 yang bersidang pada 1 Disember 2010 telah menimbang dan bersetuju secara dasarnya dengan Projek Lebuhraya KLORR dan jajaran-jajarannya. Selain daripada itu, Pihak Berkuasa Negeri dengan tegas telah menyatakan pendirian bahawa beberapa syarat perlu dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan Lebuhraya KLORR iaitu :-

     

    1. Perjanjian yang adil (tidak berat sebelah) iaitu, tidak memihak hanya kepada pemegang konsesi;

     

    1. Meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan;

     

    • Memasukkan ke dalam perjanjian klausa penamatan awal (early termination clause) iaitu sekiranya pemegang konsesi telah mencapai projected profit bagi projek ini lebih awal dari tempoh konsesi tamat, maka perjanjian hendaklah ditamatkan lebih awal setelah permohonan di bawah Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960

     

     

    Manakala senarai dokumen yang telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

     

    1. Jajaran KLORR (East Klang Valley Expressway – EKVE).

     

    1. Pelan Pengambilan Balik Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Seksyen 4).

     

    • Pelan Pengambilan Balik Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Seksyen 8).

     

    1. Warta Kerajaan    bagi    Pengambilan   Balik    Tanah    di    bawah    Akta Pengambilan Tanah 1960 (Seksyen 4).

     

    1. Warta Kerajaan    bagi    Pengambilan   Balik    Tanah    di    bawah    Akta Pengambilan Tanah 1960 (Seksyen 8).

     

    • Laporan Kajian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA);

     

    • Laporan Wildlife Management Plan (WMP); dan

     

    • Laporan Erosion and Sediment Control Plan (ESCP).

Lampiran

Tiada Lampiran.