Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

132) LEBUHRAYA PANTAI BARAT (WCE)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan Lebuhraya tersebut ?

    Kerajaan Negeri Selangor dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 30/2005 yang diadakan pada 30 November 2005 secara dasarnya telah menimbang dan bersetuju dengan pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE). Secara umumnya, setakat bulan September 2015, peratus kemajuan keseluruhan pembangunan projek Lebuhraya WCE adalah sebanyak 12.30% dengan peratus kemajuan pembinaan jajaran lebuh raya yang terlibat di negeri Selangor adalah sebanyak 12.50% manakala peratus kemajuan pembinaan jajaran lebuh raya yang terlibat di negeri Perak adalah sebanyak 12.20%. Kerja-kerja fizikal di tapak yang sedang berjalan adalah melibatkan kerja pembersihan tapak, pengalihan utiliti dan kerja-kerja rawatan tanah. Di samping itu, kerja-kerja pemasangan dan pengujian asas jenis cerucuk juga sedang berjalan di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.