Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

2) Lebuhraya Pantai Barat (WCE)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kemajuan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di daerah Kuala Langat khususnya dan Negeri Selangor amnya?

    Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting ingin bertanyakan soalan berhubung dengan status kemajuan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat atau pun WCE di daerah Kuala Langat khususnya dan Negeri Selangor amnya. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri telah dimaklumkan melalui Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) bahawa status kemajuan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di daerah Kuala Langat iaitu Seksyen 1 dan sebahagian Seksyen 2 sehingga September 2020 masing-masing adalah 70.71% dan 50.34%. Manakala kemajuan bagi keseluruhan Negeri Selangor adalah pada tahap 61.22%. Perinciannya adalah seperti berikut. Untuk Seksyen 1 dari Banting ke SKVE, kerjakerja yang terlibat buat masa ini ialah kerja-kerja tanah di sebahagian dari kawasan ini masih lagi kerja-kerja tanah dan menanam cerucuk. Juga kerja-kerja jalan di sebahagian yang lain itu ialah di peringkat subgrade dan juga subbase dan juga kerjakerja perparitan serta penanaman cerucuk yang saya sebutkan tadi. Sebahagian yang lain adalah pembinaan pile cap dan juga crosshead dan launching telah berlaku di sekitar 70.7%. Di Seksyen 2, iaitu daripada SKVE ke KESAS, kerja-kerja sedang peningkatan kerjakerja pengukuhan tanah dengan stone colomn dan juga pembuangan tanah-tanah gambut PIt Removal dan juga kerja-kerja penambakan lapisan pasir sedang berlaku di sekitar 50.34% kemajuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.