Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

273) LEBUHRAYA SUKE

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rezab hutan simpanan yang terpaksa dilepaskan dan berapakah keuntungan yang diterima oleh kerajaan negeri dan rakyat Selangor

    Jajaran Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) melibatkan dua

    (2) Daerah di Negeri Selangor iaitu Daerah Hulu Langat dan Daerah Gombak. Jajaran lebuhraya tersebut telah melalui dua (2) Hutan Simpan iaitu Hutan Simpan Bukit Sungai Puteh (Utara) dan Hutan Simpan Bukit Sungai Puteh (Selatan) di Daerah Hulu Langat. Perincian adalah seperti jadual di bawah :

     

    Bil Hutan Simpan Keluasan Luas yang

    diambil

    1 Hutan Simpan Bukit Sungai Puteh (Utara) 58.94 hektar 4.68 hektar
    2 Hutan Simpan Bukit Sungai Puteh (Selatan) 32.98 hektar 21.33 hektar
    Jumlah 919.92 hektar 26.01 hektar

     

    Jabatan Hutan Negeri Selangor akan meneliti dan menilai pokok dan bahan batuan yang akan dikeluarkan yang terlibat dengan jajaran tersebut berdasarkan Enakmen Perhutanan. Untuk setakat ini, Jabatan Hutan belum menerima permohonan secara rasmi dari Lembaga Lebuhraya Malaysia bagi tujuan pembatalan dan penggantian hutan simpan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.