Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

176) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan tindakan Kerajaan Negeri berkenaan aduan masalah kecurian dan kerosakan setelah mendapat kunci rumah?

    Memandangkan Kerajaan Negeri bukanlah pihak berkepentingan dalam perjanjian jualbeli yang ditandatangani di antara pembeli dan pemaju, sekiranya berlaku sebarang kecurian setelah mendapat kunci rumah perkara tersebut adalah menjadi tanggungjawab pembeli untuk memastikan keselamatan hartanah yang telah dibeli dan pembeli dinasihatkan untuk membuat laporan polis berkenaan hal kecurian tersebut. Manakala berdasarkan Perjanjian Jual beli yang ditandatangani oleh pembeli dan penjual, sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau kecacatan pada hartanah tersebut, pembeli perlu merujuk kepada pemaju terlibat tertakluk kepada tempoh tanggungan kecacatan (defect liability period) yang dinyatakan di dalam perjanjian jualbeli yang telah

Lampiran

Tiada Lampiran.