Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

224) LEMBAGA URUS AIR NEGERI SELANGOR (LUAS)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan struktur, pasukan pengurusan dan pengarah luas di bawah kepimpinan yang baharu?

    Sehingga Mac 2015, jumlah kakitangan LUAS adalah seramai 96 orang dengan waran perjawatan tetap seramai 69 orang dan kakitangan berstatus kontrak seramai 26 orang. LUAS diketuai oleh Tuan Haji Md Khairi Bin Selamat, Pengarah LUAS yang keempat. Struktur LUAS merangkumi 1 Bahagian Teknikal yang terdiri daripada 4 Seksyen dan 1 Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan yang terdiri daripada 2 unit. Kedua-dua bahagian ini memantau, mengawal dan menguatkuasakan perundangan di ketujuh-tujuh lembangan sungai di Negeri Selangor dan aktiviti berkaitan sumber air di dalamnya. Selain itu, LUAS juga terdiri daripada 1 Bahagian Khidmat Pengurusan yang merangkumi 3 unit, diikuti dengan Unit Korporat dan Unit Audit Dalam. Pengurusan atasan LUAS adalah terdiri daripada ahli-ahli lembaga pengarah seperti yang digariskan di dalam Seksyen 4, Enakmen LUAS 1999 seperti berikut:

    Ahli Lembaga Pengarah LUAS

    Pengerusi :

    Dato’ Menteri Besar Selangor

    Timbalan Pengerusi :

    Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

    Setiausaha :

    Pengarah Lembaga Urus Air Selangor

    Ahli Tetap :

    1. Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor
    2. Pegawai Kewangan Negeri Selangor
    3. Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
    4. 2 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang dilantik oleh                Menteri Besar :
    5. Ahli yang dilantik berdasarkan kepakaran di dalam pengurusan sumber          air :

Lampiran

Tiada Lampiran.