Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

57) LEMBAGA URUS AIR SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah anggota penguatkuasa yang ada di LUAS

    Sehingga kini, jumlah anggota penguatkuasa yang ada di LUAS adalah seramai 17 orang yang terdiri daripada :-

    1. Satu (1) Ketua Penolong Pegawai Undang-Undang L48 (Kontrak)
    2. Satu (1) Pegawai Undang-Undang L41 (Tetap)
    3. Satu (1) Pegawai Tadbir N41 (Tetap)
    4. Satu (1) Penolong Pegawai Undang-Undang L29 (Tetap)
    5. Satu (1) Penolong Pegawai Penguatkuasa KP32 (Tetap)
    6. Satu (1) Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 (Tetap)
    7. Sebelas (11) Pembantu Penguatkuasa KP 19 (3 Tetap dan 8 Kontrak)

    LUAS juga telah memberi kad kuasa kepada pegawai dan kakitangan yang bertugas di unit-unit teknikal untuk menjalankan siasatan dan pemantauan ketika lawatan di tapak dilakukan. Pada masa ini, sebanyak 62 kad kuasa dikeluarkan kepada pegawai dan kakitangan Lembaga untuk membantu menjalakan penguatkuasaan sumber air di negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.