Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

90) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah masih ada asnaf yang tercicir dalam senarai penerima zakat?

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku keciciran asnaf. Antaranya termasuklah:

    • Tidak ada maklumat tentang individu atau keluarga tersebut.
    • Asnaf yang baru berpindah.
    • Individu atau keluarga yang baru jatuh dalam kategori asnaf.
    • Individu atau keluarga yang tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan.
    • Namun begitu, LZS telah melaksanakan pelbagai langkah bagi mengenal pasti golongan asnaf yang tercicir di Selangor. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan ialah:
    • Program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) – Mula diperkenalkan pada tahun 2011. Ia merupakan aktiviti turun padang yang diadakan di setiap daerah di Selangor bagi mengenal pasti golongan yang memerlukan, namun tidak berdaftar dengan LZS. Ia diadakan Pada tahun 2014, sebanyak 33 siri SJK telah diadakan dan seramai 830 keluarga telah ditemui dan didaftarkan sebagai asnaf fakir dan miskin di Selangor.
    • Memaklumkan melalui Talian Zakat Selangor (1-800-88-5353) atau FB LZS.
    • Kerjasama melalui 1,700 penolong amil kariah yang dilantik oleh LZS.
    • Membuat semakan tahunan untuk asnaf fakir dan miskin.
    • Memaklumkan melalui Kaunter Mini Zakat yang dibuka pada minggu-minggu tertentu di setiap daerah.
    • Memaklumkan dengan mengunjungi 26 cawangan LZS di seluruh Selangor.
    • Memaklumkan melalui Kaunter Bergerak LZS.
    • Memperkenalkan apps Lapor Asnaf dalam telefon pintar dan portal LZS.
    • Mengadakan pertemuan dari semasa ke semasa dengan pemimpin dan penolong amil setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.