Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

77) LEMBANGAN SUNGAI DI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah lembangan sungai di Selangor yang berfungsi sebagai kawasan tahan air?

    Terdapat tujuh (7) lembangan sungai utama di Negeri Selangor yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Walau bagaimanapun hanya dua (2) lembangan sungai iaitu Lembangan Sungai Sepang dan Lembangan Sungai Buloh yang tidak mempunyai muka sauk dan juga Loji Pembersihan Air (LPA). Senarai lembangan sungi di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    1. Lembangan Sungai Bernam;
    2. Lembangan Sungai Langat;
    3. Lembangan Sungai Selangor;
    4. Lembangan Sungai Tengi;
    5. Lembangan Sungai Buloh;
    6. Lembangan Sungai Klang; dan
    7. Lembangan Sungai Sepang.

Lampiran

Tiada Lampiran.