Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

123) LEMBU IBADAH KORBAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PKPS memberikan peruntukan untuk ibadah korban ikut kawasan DUN. Bagaimanakah proses pembahagian ini dilakukan?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) yang ke 18/2013 bertarikh 26 Jun 2013 telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

     

    Melantik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sebagai pembekal lembu korban dan penghantaran lembu-lembu

     

    Menteri Besar Incorporated (MBI) bertindak sebagai penyelaras Program penyerahan lembu-lembu korban dan juga penyelaras kutipan sumbangan dari anak-anak syarikat Kerajaan

     

    Seperti keputusan MMKN yang tersebut di atas, PKPS hanya bertindak sebagai pembekal dan bertanggungjawab dalam penghantaran dan penyerahan lembu bagi pihak Kerajaan Negeri.

     

    Sehubungan itu, PKPS tidak terlibat dalam proses pembahagian lembu kepada mana-mana pihak. Sebaliknya pembahagian lembu adalah diputuskan oleh MMKN sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.