Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

92) Lembu-Lembu Korban Aidul Adha

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai seekor lembu yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk ibadah korban tahun 2020 dan apakah kaedah pemberian kepada pembekal?

    Nilai seekor lembu yang diberikan Kerajaan Negeri untuk ibadah korban tahun 2020 adalah RM 5,150.00
    Pembekal dilantik melalui proses tender terbuka yang telah diadakan pada 25 Jun 2020. Pembekal yang terpilih untuk kontrak pembekalan dan penghantaran Lembu Korban tahun 2020 menerima bayaran lump sum secara Electronic Fund Transfer (EFT) selepas selesai membuat penghantaran lembu korban tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.