Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

82) LEMBU YANG BERKELIARAN DI JALAN RAYA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan tentang lembu yang asyik berkeliaran di atas jalan raya yang membahayakan pengguna jalan raya?

    Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 (Enakmen Sel. No.3 tahun 1971) telah menjelaskan bahawa aktiviti memelihara atau menyimpan lembu-kerbau di dalam kawasan larangan adalah ditegah.

    Tindakan tegas akan diambil ke atas pemilik lembu yang didapati tidak mengawal haiwan ternakan mereka termasuklah merampas haiwan ternakan tersebut.

    Selain daripada penguatkuasaan enakmen tersebut, pihak PBT juga mengambil inisiatif dengan mengadakan perjumpaan bersama penternak yang dikenal pasti membiarkan lembu ternakan berkeliaran tanpa kawalan dan seterusnya memberi amaran supaya tidak membiarkan lembu ternakan berkeliaran di kawasan awam.

    PBT juga mewujudkan pasukan khas yang bertindak untuk merampas lembu yang berkeliaran di kawasan awam atau kawasan larangan sekiranya terdapat aduan diterima.

Lampiran

Tiada Lampiran.