Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

80) LESEN CYBERCAFE

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bertanya kepada kerajaan adakah semua pihak berkuasa tempat di Selangor menerima pakai garis panduan yang seragam dalam memberi kelulusan dan lesen cybercafe?

    Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor telah mengguna pakai Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe Siber melalui pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri pada 15 Mei 2012. Garis panduan ini merangkumi kaedah pengurusan, aktiviti-aktiviti yang dibenarkan, masa dan kawasan operasi, larangan-larangan serta syarat-syarat am rekabentuk dan rekabentuk Pusat Siber dan Kafe Siber yang perlu dipatuhi oleh pengusaha.

Lampiran

Tiada Lampiran.