Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

257) LESEN MENDUDUKI SEMENTARA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jenis-jenis kegunaan tanah yang boleh dikeluarkan Lesen Menduduki Sementara

    Jenis-jenis tanah yang boleh dikeluarkan Lesen Menduduki Sementara (LPS) adalah seperti di para 4.2, Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Bilangan 7/ 2011, seperti berikut :

     

    1. Tanah Kerajaan;
    2. Tanah lombong yang tidak digunakan untuk tujuan perlombongan; dan
    • Tanah Rizab yang tidak digunakan untuk tujuan ia dirizabkan.

     

    Manakala permohonan LPS yang dibenarkan adalah bagi tujuan seperti berikut:

     

    1. Bangunan Kediaman Sementara;
    2. Bengkel;
    • Ternakan (Komersil);
    1. Pertanian (Komersil);
    2. Pejabat/ Rumah Contoh/ Pondok Pengawal;
    3. Lain-lain jenis kegunaan (komersil). Contohnya Used Car, Tempat Letak Kereta;
    • Tapak Loji (termasuk jentera/ kenderaan bermotor);
    • Simpanan Stok (Stock Piling satu lorong);
    1. Papan Iklan;
    2. Jeti (Komersil);
    3. Pelantar (Komersil);
    • Industri IKS;
    • Gerai;

     

    • Persembahan Hiburan;
    1. Pengisi Petrol (visible petrol filter);
    • Kem Pekerja/ Berek/ Rumah Sementara/ Rumah Panjang;
    • Tanaman Kontan;
    • Restoran;
    • Jejantas;
    1. Garaj Kereta Persendirian;
    • Stor; dan
    • Tempat Cuci Kereta.

Lampiran

Tiada Lampiran.