Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

233) LESEN MINUMAN KERAS

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat ramai peniaga minuman keras tidak dapat diperbaharui tahun ini. Akan tetapi ulasan surat hanya "DITOLAK". Ini melibatkan banyak agensi duduk dalam lembaga. Bolehkah lembaga bagi sebab-sebab ditolak semasa membalas secara bertulis?

    Mesyuarat Lembaga Pelesenan Minuman Keras Daerah Klang yang diadakan empat (4) kali setahun turut dihadiri oleh jabatan teknikal iaitu Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Klang. Semasa mesyuarat diadakan, ulasan jabatan teknikal merupakan asas utama yang dirujuk sebelum sebarang pertimbangan kelulusan diputuskan oleh Lembaga.

     

    Di antara faktor-faktor penolakan ialah :-

     

    i.              Tidak menjelaskan tunggakan cukai kastam;

     

    ii.             Lokasi premis yang tidak sesuai seperti bukan di kawasan Zon Hiburan, berhampiran rumah ibadat, sekolah, kawasan perumahan dan lain-lain;

     

    iii.           Pemohon/premis berkaitan terlibat dalam kes jenayah;

     

    iv.            Tidak mematuhi Peraturan-peraturan Makanan 1985 seperti tiada label amaran, tiada pengasingan minuman halal dan minuman keras dan sebagainya.

     

    Aktas Eksais 1976 tidak mensyaratkan pihak Lembaga Pelesenan untuk menyatakan sebab-sebab penolakan. Walau bagaimanapun pemohon boleh mendapatkan sebab-sebab penolakan tersebut secara langsung daripada Urusetia

    Pelesenan Minuman Keras Daerah Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.