Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

332) LESEN OPERASI KILANG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur permohonan lesen operasi kilang di Selangor

    Setiap permohonan yang dibuat bagi operasi kilang akan melalui proses 14 hari bekerja seperti yang telah digariskan di peringkat PBT iaitu di bawah ketetapan prosedur MS:ISO 9001/2008. Proses melibatkan penerimaan permohonan, semakan dokumen, semakan ke tapak, ulasan jabatan teknikal luaran dan dalaman dan status kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.