Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

22) LESEN PASAR MALAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kadar sewa dan lesen yang dipersetujui bagi Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya?

    Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor ke 19/2012 bertarikh 23  Mei 2012 yang telah disahkan oleh MMKN ke 20/2012 pada 30 Mei 2012 telah memutuskan kadar sewaan tapak dan lesen berniaga bagi Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya. Pihak Kerajaan Negeri telah menetapkan PBT mengambil alih sepenuhnya bagi tujuan kutipan sewa bagi pasar pagi dan pasar malam dengan jumlah RM4.00 sekali operasi, menguruskan kebersihan tapak, susunan petak dan pengisian penjaja dan pengurusan lalu lintas. Pengendali-pengendali pasar malam tersebut bertanggungjawab penuh terhadap kerja-kerja pembersihan tapak termasuk menguruskan perkara berkaitan pelupusan sampah dan juga mengawal lalulintas di kawasan pasar masing-masing. Walau bagaimanapun ada beberapa PBT yang tidak mengenakan sebarang kadar sewa bagi petak pasar malam dan hanya mengenakan kadar lesen sahaja berdasarkan petak pasar malam.

Lampiran

Tiada Lampiran.