Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

238) LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan dengan jelas prosedur permohonan tanah TOL di Selangor?

    Permohonan tanah bagi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) adalah melalui Pejabat Tanah Daerah (di mana lokasi tanah yang dipohon). Prosedur permohonan tanah TOL adalah merujuk kepada Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 7/2011 yang boleh di lihat melalui laman web PTGS. Perkara-perkara yang perlu dikemukakan bagi tujuan permohonan seperti berikut:

    1. Borang permohonan  TOL yang telah lengkap diisi(percuma)
    2. Salinan butir-butir peribadi pemohon
    3. Lokasi tanah yang dipohon
    4. Bayaran pendaftaran permohonan dan pelan lokasi

Lampiran

Tiada Lampiran.