Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

89) LESEN PENIAGA DI JALAN KE-2, TAMAN LEMBAH MAJU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kawasan di Jalan ke-2, Taman Lembah Maju adalah kawasan rizab sekolah. Tapak tersebut telah disewa kepada syarikat jual beli kereta. Bagaimanapun, tapak tersebut kini berubah menjadi tapak kilang besi, bengkel kereta dan tempat menyimpan tandas bergerak. Mengapakah Majlis Perbandaran Ampang Jaya tidak mengambil tindakan terhadap kilang besi, bengkel kereta dan tempat menyimpan tandas bergerak itu?

    Tanah tersebut adalah rizab sekolah yang telah disewakan KPTG kepada
    pengusaha terbabit, pihak MPAJ telah mengambiltindakan merobohkan bengkel
    besi dan bengkel kereta dan telah menutup operasi pengusaha terlibat. Bagi
    Tandas bergerak terdapat persetujuan di antara penduduk dan pengusaha di
    mana pihak penduduk meminta supaya tandas tersebut diletakkan di bahagian
    belakang, jauh dari rumah penduduk. Pemilik tandas ini memohon sedikit
    tempoh kerana sedang dalam proses untuk berpindah ke tempat lain yang lebih
    sesuai bagi mengelakkanisu ini berbangkit semula pada masa hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.