Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

217) LESEN PERNIAGAAN SYARIKAT KONSESI LEBUHRAYA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapa PBT yang telah mewajibkan syarikat konsesi lebuh raya untuk memohon lesen perniagaan dan lesen iklan?

    Hanya terdapat satu (1) PBT iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang telah mewajibkan agar semua syarikat konsesi lebuh raya di bawah pentadbiran majlis untuk memohon lesen perniagaan dan lesen iklan.

Lampiran

Tiada Lampiran.