Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

13) LESEN PERNIAGAAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mencegah pemilikan perniagaan daripada pihak warga asing?

    Bagi tujuan mencegah pemilikan perniagaan daripada pihak warga asing, Kerajaan Negeri melalui PBT telah membuat ketetapan bahawa PBT tidak melesenkan perniagaan kecil/ sederhana (penjaja) kepada warga asing. Ini selaras dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Bil 3 Tahun 2008 , Pengeluaran Permit Perniagaan Kecil Oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu “ permit hendaklah dikeluarkan kepada warga negara Malaysia sahaja dan pemilik permit hendaklah berada ditempat perniagaan sepanjang masa. Tindakan membatalkan permit tersebut akan diambil ke atas warga negara Malaysia yang memindah milik permit perniagaan mereka kepada warga asing atau tidak menjalankan sendiri perniagaan tersebut ”Walaubagaimanapun, PBT ada mengeluarkan lesen perniagaan kepada warga asing yang telah mendaftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menjalankan perniagaan dengan melampirkan passport yang sah dan mempunyai visa dagang.  Kategori lesen yang dikeluarkan adalah melibatkan aktiviti tred perniagaan dan perindustrian sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.