Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

164) LESEN PREMIS PENIAGA MELAYU MPK

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebelakangan ini, ramai peniaga (majoritinya kaum Melayu) yang menyewa premis MPK telah disita premis perniagaan mereka dengan alasan tidak menjelaskan bayaran sewa premis / mempunyai tunggakan. Dimaklumkan juga, bahawa pihak penguat kuasa MPK tidak mengadakan sebarang proses budi bicara sebelum tindakan diambil. Apakah prosedur yang sepatutnya diambil oleh pihak yang berkenaan sebelum mengambil tindakan berkenaan?

    Penyewa perlu membayar sewa bulanan pada setiap 7hb setiap bulan .

    1. Sekiranya penyewa tersebut mempunyai tunggakan melebihi cagaran @ 3 bulan sewaan boleh diberi notis 14 hari mengikut klausa 13 Perjanjian penyewaan Premis Majlis yang dinyatakan di bawah:

     

    KLAUSA 13 PERJANJIAN SEWAAN

     

    Penamatan Perjanjian

     

    1. Penyewaan adalah dianggap terbatal di mana berlakunya mana-mana atau kesemua perkara berikut :-

     

    1. Gagal mematuhi mana-mana syarat dan terma di dalam Perjanjian
    2. Penyewa diisytiharkan kebankrapan atau membuat apa-apa komposisi atau perkiraan dengan pemiutang atau sebagai satu syarat membuat penyelesaian secara paksa atau sukarela maka Majlis  boleh  menamatkan Perjanjian.
    • Penyewa didapati bersalah di bawah mana-mana Undang-Undang Jenayah.
    1. Gagal atau enggan membayar sewa bulanan yang telah

Lampiran

Tiada Lampiran.