Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

159) LESEN PUSAT HIBURAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah lesen dan jenis pusat hiburan terkini yang dikeluarkan dan nyatakan maklumat syarikat pemegang lesen tersebut mengikut PBT

    Setakat ini, aktiviti pusat hiburan dikawal melalui Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 (Pindaan 2001) yang diselaraskan pemakaiannya di setiap Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Dari segi kawalan pengeluaran lesen, PBT sebagai Pihak Berkuasa Melesen yang diberi kuasa secara bertulis berhak dalam membuat sebarang keputusan berkaitan prosedur lesen operasi dan penguatkuasaan.

    Namun demikian, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam proses pengeluaran sesuatu lesen berkaitan dengan pusat hiburan. Ini kerana, dalam menentukan tatacara dan peraturan yang perlu digunapakai bagi mengawal dan mengendalikan aktiviti berkaitan pusat hiburan PBT memerlukan kerjasama daripada semua Jabatan/ Agensi teknikal. Antara Jabatan/ Agensi teknikal lain yang terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dan Pejabat Tanah dan Daerah (permit sekiranya menjual liquor).

    Dari segi kawalan terhadap operasi pusat hiburan pula, Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa proaktif dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara berkala dan bersepadu melibatkan jabatan/ agensi mengikut bidang kuasa masing-masing seperti berikut:

    • Polis DiRaja Malaysia (PDRM);
    • Jabatan Imigresen Malaysia;
    • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
    • Jabatan Kastam DiRaja Malaysia;
    • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); dan
    • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Untuk makluman, jumlah lesen dan jenis pusat hiburan terkini yang dikeluarkan oleh PBT adalah seperti berikut :

    PBT JENIS PUSAT HIBURAN JUMLAH LESEN PUSAT HIBURAN
    MBSA Pusat hiburan awam 56
    Pusat hiburan istirehat
    Pusat hiburan keluarga
    MBPJ Pusat hiburan awam 190
    Pusat hiburan istirehat
    Pusat hiburan keluarga
    MPK Pusat hiburan awam 6
    Pusat hiburan istirehat 43
    Pusat hiburan keluarga 40
    MPAJ Pusat hiburan awam 19
    Pusat hiburan istirehat 6
    Pusat hiburan keluarga 11
    MPSJ Pusat hiburan awam  

    122

    Pusat hiburan istirehat  

    5

    Pusat hiburan keluarga  

    22

    MPKJ Pusat hiburan awam 41
    Pusat hiburan istirehat
    Pusat hiburan keluarga
    MPS Pusat hiburan awam 2
    Pusat hiburan istirehat 52
    Pusat hiburan keluarga 15
    MPSP

     

    Pusat hiburan awam 13
    Pusat hiburan istirehat 7
    Pusat hiburan keluarga 7
    MDKL Pusat hiburan awam 0
    Pusat hiburan istirehat 0
    Pusat hiburan keluarga 2
    MDHS Pusat hiburan awam 18
    Pusat hiburan istirehat 5
    Pusat hiburan keluarga 3
    MDSB Pusat hiburan awam 16
    Pusat hiburan istirehat 0
    Pusat hiburan keluarga 1
    JUMLAH 702

    Nota : Sumber maklumat dari pada PBT

Lampiran

Tiada Lampiran.