Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

165) LINDUNGI ALAM SEKITAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan serius mempromosikan usaha-usaha melindungi alam sekitar dengan mengasingkan bahan buangan serta mengitar semula bahan-bahan tersebut?

    1. Kerajaan Negeri sememangnya serius dalam mempromosikan usaha-usaha melindungi alam sekitar dengan mengasingkan bahan buangan serta mengitar semula bahan-bahan tersebut dengan pelaksanaan pelbagai program di peringkat PBT seperti berikut:

     

    i)                                           Program Penyediaan Fasiliti Pusat Kitar Semula

    Menggunakan konsep ‘buy back’ iaitu setiap penghantaran barangan kitar semula ke semua pusat kitar semula akan menerima insentif wang ringgit secara terus daripada pihak operator.

     

    ii)                                         Program Kitar Semula Minyak Masak

    Program ini disertai oleh pengusaha premis makanan dan medan selera awam. Setiap peserta yang menyertai program ini akan diberikan insentif wang ringgit (mengikut kuantiti minyak masak terpakai yang dikumpulkan) setiap kali kutipan dilakukan oleh kontraktor.

     

    iii)                                       Program Kompos Komuniti

    Melalui program ini, PBT akan memberikan tong kompos percuma dan setiap peserta turut diajar kaedah melakukan pengkomposan untuk dilaksanakan di rumah masing-masing. Manfaat yang diperoleh peserta ialah baja kompos percuma hasil daripada aktiviti pengkomposan sisa organik yang mereka lakukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.