Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

270) LOJI AIR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah loji-loji air sedia ada boleh dinaiktaraf agar dapat ditingkatkan kapasiti pengeluaran air bersih?

    Pada masa ini terdapat 34 loji rawatan air yang dikendalikan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, SPLASH dan ABASS. Pihak SYABAS pernah menyatakan bahawa keupayaan loji dan keupayaan pengagihan adalah terhad untuk mengagihkan sebanyak 4371JLH . Namun demikian, pada tahun 2012, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat Kajian “Augmentation Study” yang bertujuan untuk mencabar fakta yang diberikan oleh SYABAS.

    Dalam hal ini, kajian tersebut menunjukkan bahawa kapasiti loji rawatan dan pengagihan boleh ditingkatkan kepada 5252 JLH. Oleh itu, beberapa usaha melalui program mitigasi telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan pengeluaran dan pengagihan 34 loji rawatan air tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.