Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

279) LOJI PEMBENTUNGAN TERBIAR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Loji pembentungan yang tidak beroperasi dan telah serah kepada JPP tidak dijaga dan menimbulkan masalah pembiakan nyamuk denggi, menjadi tapak sampah haram dan sebagainya. Apakah tindakan yang akan diambil demi menyelesaikan masalah ini?

    Jika berlaku aduan atau didapati disyaki atau berlakunya pembiakan nyamuk di sesuatu premis persendirian, sektor swasta mahupun kerajaan, PBT boleh mengambil tindakan berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Antara tindakan yang akan diambil berkaitan loji pembentungan yang tidak beroperasi dan telah diserahkan kepada JPP (Jabatan Perkhidmatan Pembentungan) adalah seperti berikut:-

    • PBT akan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 82, Akta 171 kepada pemilik di mana pemilik dikehendaki membersihkan premis tersebut dalam tempoh 14 hari.
    • PBT akan mengeluarkan kompaun di bawah Seksyen 82(5), Akta 171 kepada pemilik yang tak mematuhi notis.
    • Sekiranya tindakan pembersihan tidak dibuat oleh pemilik dalam tempoh yang ditetapkan, PBT boleh melantik kontraktor pembersihan swasta untuk menjalanlan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut serta kos untuk kerja-kerja pembersihan akan dituntut kepada pemilik.
    • Tindakan pendakwaan mahkamah boleh diambil ke atas pemilik yang ingkar.

Lampiran

Tiada Lampiran.