Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

88) LOJI PEMPROSESAN PADI BENIH SUNGAI BURONG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan perkembangan terkini loji pemprosesan padi benih Sungai Burong?

    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyerahkan Loji Pemprosesan Benih Padi Sg. Burong kepada MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) setelah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 26 Januari

     

    Kementerian Pertanian telah mengarahkan Jabatan Pertanian menyerahkan operasi loji tersebut kepada MADA pada 11 Mac 2010. Penyerahan sepenuhnya loji tersebut telah dibuat bersama-sama 127 aset alih. Untuk menjalankan operasi loji pemprosesan biji benih, pihak MADA telah melantik sebuah syarikat swasta(HMN Sdn Bhd) untuk mengendalikan loji tersebut dan loji tersebut telah beroperasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.