Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

298) LOJI RAWATAN AIR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci hasil kajian berkaitan pembangunan loji rawatan air di Sungai Rasau.

    Pembangunan loji rawatan air di Sungai Rasau masih di dalam peringkat Kajian Kemungkinan “Consultancy Services For Feasibility Study On The Development Of Sg Rasau Water Supply Scheme, Selangor Darul Ehsan” memandangkan pelantikan perunding baru dimuktamadkan pada 18 September 2019.  Surat Tawaran Pelantikan Perunding memperuntukkan kos perunding sebanyak RM1,602.608.70 menggunakan  kaedah bayaran secara Input Masa dan perbelanjaan imbuhan balik adalah  mengikut perbelanjaan sebenar berdasarkan prinsip yang mana lebih rendah dan tidak melebihi kos yang telah dipersetujui.  Kajian ini akan disiapkan dalam tempoh selama 12 bulan bermula pada 30 September 2019 hingga 29 September 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.