Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

246) LOJI RAWATAN AIR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah loji rawatan air yang membekal air ke kawasan DUN Kinrara?

    Kawasan DUN Kinrara mendapat bekalan air bersih dari Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang menyalurkan air melalui Kolam Bukit Dengkil berkapasiti 10 juta gelen dan 5 juta gelen.

    Selepas Projek Langat 2 siap dan beroperasi kelak, kawasan DUN Kinrara akan mendapat bekalan air tambahan yang akan membekalkan sebanyak 520 JLH ke kawasan Petaling, Sg Besi, Kinrara dan Puchong (Koridor Barat).

Lampiran

Tiada Lampiran.