Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

80) LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan kos projek untuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang.

    1. Pembangunan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang dengan kapasiti sebanyak 200 juta liter sehari (JLH) merupakan langkah penyelesaian segera (quick measures) bagi meningkatkan ketersediaan sumber bekalan air di Negeri Selangor. Pembangunan ini akan melibatkan kerja-kerja:
    • Pembinaan Loji Rawatan Air dengan kapasiti 200JLH berserta dengan kemudakan rawatan sludge dan kuarters pekerja;
    • Muka sauk dan rumah pam air mentah dengan kapasiti 200JLH; dan
    • Stesen pam penggalak untuk mengepam air melalui paip sedia ada ke Tangki Simpanan Air Bukit Jugra.
    1. Selain dari kerja-kerja pembinaan, pembangunan ini juga turut melibatkan perkhidmatan perunding bagi membuat kajian kemungkinan, reka bentuk dan penyeliaan tapak, kerja-kerja ukur tapak, utilities mapping dan penyiasatan tanah.  Sebahagian dari kos pembangunan ini akan digunakan juga bagi membiayai pengambilan balik tanah.
    2. Pelantikan kontraktor adalah secara tender terbuka dan dianggarkan kos yang akan terlibat adalah sebanyak RM500 juta. Kos sebenar bagaimanapun hanya akan dimuktamadkan selepas projek ini siap sepenuhnya pada tahun 2018.
    3. Dari segi pelaksanaan, projek akan dibahagikan kepada empat (4) pakej iaitu:
    • Kerja-kerja pembinaan loji rawatan air termasuk kemudahan rawatan sludge dan kuarters pekerja;
    • Kerja-kerja pembinaan rumah pam dan kolam imbangan;
    • Kerja-kerja pemasangan paip agihan; dan
    • Kerja-kerja pembinaan kolam takungan
    1. Setakat 30 Oktober 2016, sebanyak 2 kontraktor telah dilantik setiap satu bagi pakej berikut:
    Bil Pakej Kerja Nama Kontraktor Kos Kontrak

    (RM)

    Tarikh mula Tarikh Siap
    1) Kerja-kerja pembinaan kolam takungan

     

    FCY Construction Sdn Bhd 38,200,000.00

    (tidak termasuk GST RM2,292,000.00)

    14 September 2016 13 Mac 2018
    2) Kerja-kerja pembinaan rumah pam dan kolam imbangan Ikatan Gemajaya Sdn Bhd 32,238,000.00

    (tidak termasuk GST RM1,934,280.00)

    21 Oktober 2016 20 April 2018

     

    1. Pembangunan Loji Rawatan Air Labohan Dagang ini dijangka mengambil masa selama 18 bulan dan dijadualkan siap dan beroperasi pada Disember 2018.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.