Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

116) LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kapasiti penuh dan kapasiti semasa Loji Rawatan Air Labohan Dagang dan apakah kawasan perkhidmatan yang mana air daripada LRA ini akan dibekalkan?

    Loji Rawatan Air Labohan Dagang Fasa Pertama dibina dengan kapasiti pengeluaran air terawat sebanyak 200 juta liter sehari.

    Daripada jumlah 200 juta liter sehari ini, pengagihan air sebanyak 56 juta liter sehari dari LRA Labohan Dagang ini akan dilaksanakan terlebih dahulu menggunakan sistem agihan sedia ada ke kawasan Banting, Jugra, Sungai Buaya, Kelanang, Kanchong Darat, Kg Sg Lang dan Kg Sg Kelambu. Pengagihan ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat apabila pihak UPEN menyerahkan LRA Labohan Dagang kepada Pengurusan Air Selangor.

    Baki sebanyak 144 juta liter sehari tersebut pula akan diagihkan selepas pihak UPEN menyiapkan jajaran paip baru dari Kolam Jugra Baru ke paip utama sedia ada di Pekan Banting dan Sijangkang (Jln Klang Banting). Status semasa bagi kerja-kerja ini ialah dalam pelaksanaan kerja oleh UPEN.

Lampiran

Tiada Lampiran.