Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

259) LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 (LRAL2)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini LRAL2?

    Projek Langat 2 ini dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Mengikut perancangan, apabila loji Langat 2 ini siap sepenuhnya (Fasa 1 dan Fasa 2), ia boleh membekalkan air terawat sebanyak 2,260 JLH. Pada ketika ini, kerja-kerja pembinaan adalah hanya untuk Loji Langat 2 Fasa 1 yang dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2019 dengan pengeluaran air terawat berkapasiti 1,130 JLH. Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan kelulusan untuk pelaksanaan projek Langat 2

     

    1. Berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh dari Pengurusan aset Air Berhad (PAAB), pembinaan Loji Rawatan Air Fasa 1 melibatkan 18 pakej kerja. Satu pakej telah siap pembinaannya iaitu Pakej 1A (Paip Air Terawat dari Loji Rawatan ke Kolam Air Imbangan Bkt Enggang). Manakala 8 pakej kerja berikut telah mula kerja-kerja fizikal di tapak, iaitu:-

     

     

    i. Pakej 1B Air Mentah
    ii. Pakej 2A Loji Rawatan Langat 2
    iii. Pakej 4 Kolam Air Imbangan Bkt Enggang
    iv. Pakej 5 Paip Air Terawat ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat & Kolam Sediada Hulu Langat
    v. Pakej 6 Paip Air Terawat dari Kolam Air Ampang ke Kolam Air AU3 (Koridor Utara)

     

    vi. Pakej 9 Kolam Air AU3
    vii. Pakej 10 Paip Air Terawat dari Kolam Air Imbangan Bkt Enggang ke Sg. Besi (paip koridor barat)
    viii. Pakej 11 Paip Air Terawat dari Sg. Besi ke Puchong (paip koridor barat)

    3  pakej  lagi  telah selesai dengan    pelantikan kontraktor tetapi masih dalam proses menyerahkan tapak bina iaitu:-

    i. Pakej 7 Kolam Air Imbangan Hulu Langat
    ii. Pakej 12 Kolam Air Sg. Besi
    iii. Pakej 13 Kolam Air Bkt Jalil

    Dan 6 pakej kerja masih dalam peringkat kajian reka bentuk dan siasatan tanah. Pakej-pakej itu adalah seperti berikut:-

    i. Pakej 2B Kuaters Pekerja
    ii. Pakej 3 Perlupusan Enapcemar
    iii. Pakej 6A Terowong Koridor Utara
    iv. Pakej 8 Kolam Air Ampang
    v. Pakej 14 Kolam Air Petaling
    vi. Pakej 15 Interconnection

     

    1. Secara keseluruhannya, kemajuan fizikal di tapak adalah 49% berbanding yang dijadualkan sebanyak 56%.

     

    1. Memandangkan Projek Langat 2 belum siap untuk dioperasikan, belum ada air mentah yang disalurkan ke Langat 2 untuk

     

Lampiran

Tiada Lampiran.