Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

33) LOJI RAWATAN AIR SEMENYIH 2 DAN LABOHAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan LRA Semenyih 2

    Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan No. 195 daripada

    Y.B. Semenyih kerana pertanyaan melibatkan perkara yang sama iaitu berkenaan Loji Rawatan Air Semenyih 2.

    Loji Rawatan Air Semenyih 2 telah siap dibina dan mula beroperasi pada 01 Mac 2018. Loji rawatan air ini telah berjaya mengeluarkan 100 JLH air terawat yang memenuhi parameter kualiti air yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Loji Rawatan Air Semenyih 2 membekalkan air terawat untuk diagihkan ke kawasan selatan Selangor termasuk kawasan Beranang, Semenyih dan sebahagian Hulu Langat. Air terawat yang dihasilkan di Loji Rawatan Air Semenyih 2 telah disalurkan ke Kolam Air Terminal Bangi. Secara tidak langsung, penyaluran tambahan air terawat ini telah menstabilkan dan meningkatkan paras Kolam Air Terminal Bangi.

    Kos pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 adalah sebanyak RM 187.5 juta

    seperti perincian berikut:

     

    Perkara

    Anggaran Perbelanjaan (RM)
    Pembinaan Loji Rawatan Air dan lain-

    lain fasiliti yang berkenaan

    155.5 juta
    Kerja-kerja    pembaikan    Kolam    Desa

    Putra

    7.2 juta

     

    Caj sambungan TNB 10.0 juta
    Bayaran pampasan pengambilan tanah 5.0 juta
    GST 9.8 juta
    KOS PEMBANGUNAN 187.5 JUTA

    Berdasarkan semakan awal dan perbincangan bersama pihak kontraktor, terdapat penjimatan dalam pelaksanaan pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2 yang mana jumlah penjimatan akan diperincikan setelah projek tamat pada 31 Mac 2018.

    Loji Rawatan Air Semenyih 2 yang dioperasikan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. telah memberi peluang pekerjaan kepada 24 orang dari kumpulan profesional dan bukan profesional yang akan mempunyai kemahiran dalam pengoperasian dan penyelenggaraan loji. Mereka termasuk jurutera, ahli kimia, juruteknik dan pekerja am.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.