Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

243) LOMBONG KUARI

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kawasan, tempoh kelulusan dan saiz lombong kuari di Negeri Selangor

    Data maklumat kuari yang masih aktif di Negeri Selangor (Di Bawah Peraturan Kuari 2003) adalah seperti jadual di bawah :

     

     

    Bil.

     

    Daerah

    Keluasan
    Hektar Ekar
    1. Hulu Langat 1236.44 3055.25
    2. Gombak 185.91 459.37
    3. Kuala Langat 262.37 648.32
    4. Hulu Selangor 31.16 77.00
    5. Kuala Selangor 19.65 48.56
    Jumlah 1735.53 4288.50

    * Maklumat terperinci seperti di Lampiran.

    Tempoh Kelulusan diberikan satu (1) tahun dan setiap pembaharuan kelulusan perlu mendapatkan pandangan dan ulasan setiap Agensi Teknikal berkaitan seperti:

    • Jabatan Alam Sekitar (JAS)
    • Jabatan Geosains dan Mineral (JMG)
    • Jabatan Kerja Raya (JKR)
    • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    • Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

    Maklumat Tambahan

    Tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan infrastruktur kerajaan dalam keadaan terkawal adalah dengan menetapkan syarat-syarat serta garis panduan daripada Kerajaan Negeri yang dikenakan terhadap operasi-operasi kuari di Selangor antaranya adalah :

     

    • Penetapan syarat-syarat Permit 4C (Seksyen 74 (a) KTN) yang ditetapkan melalui Pentadbir Tanah berkaitan;

     

    • Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) adalah agensi mengawal segala aktiviti- aktiviti pengkuarian berdasarkan Skim Melombong yang telah diluluskan;

     

    • Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah agensi mengawal kesan alam sekeliling yang melibatkan aktiviti-aktiviti pengkuarian dengan syarat-syarat yang telah diluluskan melalui Laporan Kesan Alam Sekeliling (EIA);

     

    Selangor Quarry Rules, 2003 adalah salah satu rujukan yang digunakan bagi mengawal tatacara operasi penguakuarian.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.