Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

43) LOMBONG SRI MANJA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan seterusnya terhadap pemilik lombong Sri Manja, PJS 3 setelah didapati melanggar syarat penimbusan lombong?

    Dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Daerah/Tanah telah mengeluarkan surat secara pentadbiran kepada pihak pemaju supaya mematuhi dan tidak membuat sebarang pelanggaran aktiviti atau perkara yang dibenarkan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) seperti yang tertulis di dalam Syarat Nyata Tanah. Sekiranya terdapat perlanggaran syarat nyata tanah tersebut, tindakan di bawah KTN akan di ambil oleh Pejabat Daerah/Tanah Petaling ke atas pemilik tanah.

     

    Selain daripada itu, Majlis melalui Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Kesihatan Persekitaran, juga telah mengeluarkan surat arahan agar pemaju memberhentikan kerja-kerja penimbusan tersebut.

     

    Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Teknikal Tasik Lombong PJS 3 yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis, En. Derek John Fernandez, mesyuarat telah bersetuju bahawa Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ untuk menjalankan pemeriksaan secara berkala di kawasan tersebut bagi memantau keadaan  di  tapak  sama ada arahan dipatuhi pemaju. Sepanjang pemantauan dijalankan, didapati keadaan di tapak adalah terkawal dan tiada kerja-kerja penimbusan dilakukan lagi.  Mesyuarat  juga bersetuju bahawa sebuah CCTV bergerak dipasang di kawasan tersebut untuk tujuan pemantauan secara statik.

Lampiran

Tiada Lampiran.