LONGKANG DAN PARIT YANG TERSUMBAT DI KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI, KAMPUNG BARU CINA/INDIA DAN TAMAN TAMAN PERUMAHAN TERUTAMANYA DI DUN SUNGAI PELEK TIDAK DAPAT MENAMPUNG JUMLAH AIR YANG TINGGI SETERUSNYA MENGAKIBATKAN BANJIR KILAT

117) LONGKANG DAN PARIT YANG TERSUMBAT DI KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI, KAMPUNG BARU CINA/INDIA DAN TAMAN TAMAN PERUMAHAN TERUTAMANYA DI DUN SUNGAI PELEK TIDAK DAPAT MENAMPUNG JUMLAH AIR YANG TINGGI SETERUSNYA MENGAKIBATKAN BANJIR KILAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah ini?

    Kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan Pekan Sungai Pelek kebanyakan melibatkan taman-taman perumahan yang dibina pada tahun 1980-an seperti Taman Seri Siantan dan Taman Seri Merbau. Sistem saliran dalaman taman perumahan yang dibina hampir 35 tahun tersebut sebenarnya tidak dapat menampung kapasiti air larian permukaan kerana rekabentuk parit tersebut mengambil kira untuk jangkaan 10-15 tahun sahaja sedangkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) dikeluarkan pada tahun 2001. Selain daripada itu, penyelenggaraan terhadap sistem saliran dalaman taman perumahan perlu dilakukan dengan lebih kerap oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi melancarkan aliran air saliran tersebut untuk keluar ke parit utama/sungai yang

    Sistem saliran dalaman taman perumahan di Pekan Sungai Pelek kebanyakan akan keluar ke parit tepi jalan F5 (Banting-Port Dickson) sebelum keluar ke Sungai Sepang Besar. Untuk makluman, JPS Negeri Selangor sedang melaksanakan projek tebatan banjir dengan menaiktaraf ban, borrow-pit dan kerja-kerja lain yang berkaitan di mana projek ini akan disiapkan sepenuhnya pada 20 Januari 2016. Apabila siap projek tersebut kejadian banjir di kawasan Pekan Sungai Pelek dianggarkan dapat dikurangkan sebanyak 85%.

    Bagi masalah banjir di kampung tradisi dan kampung baru untuk projek jangka pendek JPS Daerah Sepang menjalankan penyelenggaraan sistem saliran secara berkala sebanyak 3 pusingan iaitu bulan Mac, Jun dan September.

     

    Bagi langkah jangka panjang JPS Negeri Selangor telah memasukkan program tebatan banjir Sungai Sepang Kecil Daerah Sepang ke dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang memperuntukkan kos sebanyak RM8.5 juta. Projek tebatan banjir tersebut merangkumi skop kerja menaiktaraf benteng, borrow-pit, pintu kawalan air pasang surut dan kerja-kerja berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.