LOOK OUT POINT, HULU LANGAT

57) LOOK OUT POINT, HULU LANGAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapa Look Out Point ditutup?

    Penutupan Menara Tinjau ini dibuat setelah pengusaha kompleks dikesan melakukan tambahan / pengubahsuaian yang extensive terhadap struktur asal dan kedudukannya berada di kawasan cerun yang berbahaya dan boleh mengancam keselamatan pengunjung dan pengusaha itu sendiri. Laporan dan penemuan awal oleh pihak IKRAM juga mendapati terdapatnya beberapa kawasan cerun yang dikenal pasti berisiko mengalami kegagalan, rekahan-rekahan kecil pada beberapa bangunan tambahan, sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan sempurna, kerja-kerja penstabilan cerun yang tidak sempurna dan beberapa binaan bangunan yang terlalu hampir dengan cerun.

    Pengusaha premis juga gagal mengemukakan sebarang permohonan pelan ataupun dokumen-dokumen berkaitan kepada MPKj walaupun telah 5 siri Notis di bawah Seksyen 70(1) dan Seksyen 72 (1)(b)(c) Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 dikeluarkan mulai 10 Ogos 2011 dan yang terakhir pada 17 Januari 2012.

    Sebahagian pengusaha restoran turut dikesan beroperasi tanpa mendapatkan kelulusan lesen MPKj. Tindakan menutup Menara Tinjau ini diambil bagi mengelakkan kejadian runtuh memandangkan keseluruhan bangunan yang didirikan tidak pernah mendapat penarafan Sijil Layak Menduduki (CF) dari MPKj.

Lampiran

Tiada Lampiran.