Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

241) LORI PEMAMPAT SAMPAH KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan terkini jumlah keseluruhan yang dibeli serta kos penyelenggaraan sejak dibeli?

    Jumlah keseluruhan lori kompaktor yang dibeli oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) adalah sebanyak 50 buah. Jumlah kos penyelenggaraan sejak lori kompaktor ini dibeli tidak dapat ditentukan kerana:-

     

    Untuk lori kompaktor yang disewakan, kos penyelenggaraan untuk lori kompaktor ini adalah ditanggung oleh pihak

     

    Manakala untuk lori kompaktor yang tidak disewakan dan digunakan sendiri oleh KDEBWM melalui anak syarikatnya Hebat Abadi Sdn. Bhd. untuk kerja – kerja pembersihan Sungai Klang dan kerja – kerja “back-up” kutipan sisa pepejal dari tahun 2014 sehingga kini bagi menggantikan kontraktor lama yang gagal di lima (5) PBT di Negeri Selangor, peruntukan kos penyelenggaraan bulanan adalah sebanyak RM1,200.00 sebulan bagi setiap unit lori kompaktor yang digunakan termasuk dengan kos bayaran perlindungan insurans dan cukai jalan bergantung kepada bilangan lori kompaktor yang digunakan. Pecahan agihan lori adalah seperti berikut:-

     

    BIL. PERKARA MBSA MBPJ KDEBWM JUMLAH
     

    1.

    Jumlah keseluruhan lori

    kompaktor yang dibeli oleh KDEBWM.

     

    50 unit

     

    50 unit

     

    2.

    Pecahan agihan lori kompaktor mengikut

    penerima.

     

    27 unit

     

    16 unit

     

    7 unit

     

    50 unit

     

    3.

    Bilangan lori kompaktor yang dibeli oleh MBPJ dari

    KDEBWM.

     

     

    4 unit

     

     

    4 unit

     

     

    4.

    Bilangan terkini lori kompaktor yang dimiliki oleh KDEBWM setelah ditolak bilangan yang

    dibeli oleh MBPJ.

     

     

    27 unit

     

     

    12 unit

     

     

    7 unit

     

     

    46 unit

    ***Sumber: KDEBWM

     

Lampiran

Tiada Lampiran.