Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

160) LOT GERAI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Untuk membantu para penjaja ,adakah pihak Kerajaan ada bercadang untuk membina lot-lot gerai di atas tanah kosong milik kerajaan sedia ada agar dapat menyediakan ruang berniaga yang lebih kemas cantik dan tersusun kepada mereka di samping dapat meningkat taraf ekonomi mereka? Di samping itu juga pihak Kerajaan Negeri juga boleh mendapat hasil daripada kadar sewaan gerai dan sebagainya. Diharap agar Kerajaan Negeri melalui pihak yang berkaitan dapat memperhalusi serta mempertimbangkan cadangan ini supaya dapat memangkin sektor ekonomi di kawasan Batang Kali khususnya.

     

    Berkaitan perancangan lot-lot gerai yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah mengikut keperluan dan kepadatan penduduk sesuatu kawasan dan juga melihat kepada bilangan gerai-gerai sedia ada yang telah dibina. Pada masa yang sama pihak PBT juga melihat kepada jumlah gerai yang tidak disewa ekoran daripada kegiatan ekonomi yang tidak memuaskan dikawasan tersebut yang menyebabkan gerai PBT kosong dan terbiar, secara tidak langsung meningkatkan kos penyelenggaraan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.