Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

159) LOT PERNIAGAAN BAGI KAUM WANITA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan suatu kawasan perniagaan yang strategik di setiap DUN bagi kaum wanita khususnya ibu tunggal dalam membantu mereka mencari pendapatan sampingan?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mewujudkan suatu kawasan perniagaan yang strategik di setiap DUN dan tiada polisi untuk penyediaan lot perniagaan bagi kaum wanita khususnya ibu tunggal dalam membantu mereka mencari pendapatan sampingan.

    Namun demikian, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan sedang dalam usaha mewujudkan platform digital bagi para usahawan mempromosikan produk memandangkan trend perniagaan masa kini lebih terarah kepada pemasaran digital dan pewujudan pusat perniagaan di setiap DUN dilihat kurang strategik. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan untuk mewujudkan juga suatu kawasan perniagaan yang strategik di setiap DUN, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan akan mengambil maklum cadangan tersebut dan mengambilkira keperluan penyediaan kawasan tersebut untuk pertimbangan kelulusan pembangunan akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.