Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

38) MAAHAD TAHFIZ SAINS

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan tiga lagi Maahad Tahfiz Sains melalui belanjawan 2015, sejauh manakah progress pembinaan tersebut?

    Progress pembinaan Maahad Tahfiz Sains mengikut belanjawan 2015 adalah seperti berikut:

    Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandah Indah

    Cadangan membina dan menyiapkan Maahad Tahfiz Integrasi Sains Pandan Indah, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan (Fasa 1) telah mencapai 90% di peringkat rekabentuk.

    Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Bagan Lalang

    MITS Bagan Lalang dijangka tender pada 27 April disebabkan perubahan kos. Skop sedia ada dikurangkan. Pembinaan hanya 2 blok asrama dan 1 blok dewan makan, dengan kos RM20 juta..  

    Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Istana Bandar

    MITS Istana Bandar dijangka tender pada bulan Mei disebabkab kos pembinaan melebihi siling. Siling asal ialah RM30 juta, manakala anggaran JKR ialah RM33 juta. Skop merangkumi 1 blok asrama, 1 blok dewan makan dan 1 blok akademik.

Lampiran

Tiada Lampiran.