Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

71) MACAU SCAM

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Macau Scam akibatkan kerugian sebanyak RM7.2 juta di Selangor pada tahun 2017. Baru-baru ini, seorang cikgu di Kajang ditipu dan mengalami kerugian sebanyak RM1.13 juta. Apakah tindakan dan usaha-usaha Kerajaan Negeri dan PBT dalam usaha memerangi dan mengurangkan kadar jenayah siber ini?

    Statistik laporan polis melibatkan Macau Scam daripada tahun 2017 hingga 2020.

    Macau Scam dikategorikan sebagai Jenayah Siber, dalam usaha JSJK untuk memerangi dan mengurangkan kadar Jenayah Siber, JSJK telah mengadakan ceramah-caramah dan pameran pameran bagi tujuan memberikan pendedahan kepada orang ramai berhubung Jenayah Siber. Selain itu juga pihak JSJK telah mengadakan sidang media melalui radio, media cetak dan media sosial. Jadual di bawah menunjukkan statistik kempen-kempen tersebut :

    Dalam usaha memerangi Jenayah Siber termasuk Macau Scam di Negeri Selangor, beberapa tindakan telah diambil oleh pihak PDRM. Antaranya adalah dengan mengadakan operasi dan tangkapan ke atas kegiatan tersebut. Pada tahun 2019 dan 2020 terdapat sebanyak 1,532 operasi dijalankan yang melibatkan tangkapan seramai 2,365 orang.

    Kemajuan dalam teknologi rangkaian internet di Malaysia membuka ruang dan peluang kepada sindiket-sindiket luar negara membuka pusat operasi penipuan Jenayah Siber di negara ini. Sepanjang tahun 2019 dan 2020 terdapat 33 serbuan dilancarkan melibatkan tangkapan seramai 364 orang. Tangkapan ini melibatkan Calling Centre yang menjalankan aktiviti penipuan Jenayah Siber di dalam Negeri Selangor.

    JSJK Selangor telah membuka sebanyak 16 Case File di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada tahun 2019 dan 2020 yang terlibat dalam sindiket Jenayah Siber. Pecahan ini melibatkan 14 lelaki dan dua (2) wanita di mana kesemuanya adalah warganegara China.

    Pelancaran satu aplikasi yang dibangunkan oleh pihak JSJK sebagai usaha membantu masyarakat dalam membuat semakan ke atas nombor akaun bank dan nombor telefon sebelum menjalankan apa-apa transaksi. Ini berdasarkan kajian dan maklumat siasatan, sindiket Jenayah Siber ini cenderung menggunakan nombor akaun bank dan nombor telefon yang sama kerana kelonggaran dalam kawalan oleh institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi. Orang ramai boleh membuat semakan dengan melayari Portal JSJK, https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau memuat turun aplikasi “Semak Mule CCID” melalui Google Play Store.

    Statistik perbandingan jumlah kerugian (RM) melibatkan kes Macau scam mengikut tahun kajian

    Statistik perbandingan jumlah tangkapan dan jumlah pertuduhan bagi kes melibatkan Macau Scam mengikut tahun kajian.

    Statistik perbandingan jumlah tangkapan dan jumlah pertuduhan mengikut operasi Macau Scam yang dijalankan secara berkala bagi tahun 2020.

    Status kes yang dibangkitkan ‘cikgu di Kajang di tipu dan mengalami kerugian sebanyak RM1.13 juta.

    Pada 4/10/2020, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Kajang telah menerima satu laporan polis daripada seorang guru, seorang perempuan Cina berumur 49 tahun yang mengajar di salah sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Negeri Sembilan. Dalam laporan polis berkenaan guru tersebut mendakwa telah ditipu dalam sindiket Macau Scam sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM1.13 juta.

    Tindakan pihak polis

    Berdasarkan laporan polis yang diterima, pihak polis (BSJKD IPD Kajang) telah membuka satu kertas siasatan. Siasatan lanjut telah dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan penipuan. Kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak polis.

Lampiran

Tiada Lampiran.